Al-Quran.
Dimanakah hati kita tatkala kita membaca AlQuran?Pernahkah kita merasa
keliru dan tidak dapat menghayati makna dalam AlQuran? Atau pernahkah
kita terasa seolah-olah lidah sukar untuk menyebut bacaan AlQuran dengan
tajwid dan makhraj yang betul walhal kebiasaanya kita dapat membacanya
dengan lancar.Pernahkah kita terasa seolah amaran-amaran Allah dari
kalamullah AlQuran tidak melahirkan rasa gentar dalam hati?Dimanakah
ketenangan yang dicari?Apakah silapnya?
Sedikit perkongsian
ilmu buat para pembaca yang mencintai ayat ALQuran,petikan diambil dari
buku Penawar Hati Penenang Jiwa tulisan Abu Mazaaya Al-Hafiiz.Menekankan
betapa pentingnya Istiazah iaitu berlindung dengan Allah dari syaitan
laknatullah..agar keihkhlasan terbit,gentar hadir,Ketenangan lahir..dan
rindulah pada ayat-ayat Allah..Betapa keindahan AlQuran seharusnya
dihayati dan meresap dalam diri..InsyaAllah..
Mengenai fasal ini,Allah berfirman :
“apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau terlebih
dahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena
rejam.Sesungguhnya Syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh
terhadap orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada
Tuhan mereka.Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap
orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka, dan orang-orang yang
dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.”
(Surah Al-Nahl:98-1oo)
Lapan pengajaran yang kita dapat hayati dari perintah Allah tersebut iaitu;
1) Alquran adalah penyembuh dari berbagai penyakit hati.Ia juga boleh
menghilangkan sikap was-was,segala jenis syahwat dan berbagai keinginan
atau kehendak yang merosakkan yang semua itu disebabkan oleh tipu daya
syaitan.AlQuran boleh menawarkan apa-apa penyakit akibat keracunan yang
dibuat oleh syaitan didalam hati seseorang.Kerana itulah diperintahkan
agar menjauhi racun yang menyakitkan itu dan membersihkan hati
daripadanya dengan penawar saki-baki penyakit yang ada di dalamnya,ianya
boleh diusahakan dengan membaca istiazah dengan penuh khusyu’ dan
Tadabbur (menghayati isi kandungannya).
2) AlQuran adalah
petunjuk hidayah,faktor yang menunjukkkan segala kebaikan di dalam
hati.Hal ini boleh diumpamakan sebagai fungsi air bagi sesuatu
tumbuhan.Syaitan pula disifatkan sebagai panas atau api yang
mengeringkan tumbuhan tersebut dari masa ke semasa.Syaitan selalu
berusaha untuk membunuh benih-benih kebaikan yang ada di dalam hati
sehinggalah ia tidak terdaya untuk tumbuh dengan subur.Kalaupun boleh
menjadi tumbuhan tetapi ia menjadi tumbuhan beracun atau
berpenyakit.Oleh yang demikian,diperintahkan agar beristiazah kepada
Allah dari syaitan agar apa-apa kebaikan yang dihasilkan oleh AlQuran
tersebut tidak rosak akibat racun atau penyakit yang ditaburkan oleh
syaitan.
3) Seseungguhnya para malaikat akan berdatangan dan
mendekati orang yang membaca dan mendengarkannya dengan penuh
khusyuk.Hal ini seperti mana diterangkan dalam hadith “Ketika Usaid bin
Hudlair membaca AlQuran ia ternampak lembaga seperti khemah yang
didalamnya terdapat lampu-lampu.Kemudian baginda Nabi SAW bersabda
“Itulah Para malaikat.” (Maksud Hadith riwayat Bukhari dan muslim dari
Abu Said Al-Hudri ra.)
4) Sesungguhnya syaitan berupaya sekuat
tenaga dengan melalui pelbagai cara untuk melalaikan dan mengalpakan
hati manusia.Sehingga diharapkan hatinya boleh kosong dari memahami
maksud Al-Quran,iaitu bertadabbur (menghayati) apa-apa bacaan ketika
membaca Al-Quran.Seterusnya syaitan mengharapkan agar boleh mengalihkan
hati manusia dari menumpukan makna-makna ALQuran.Sebagai akibatnya
seseorang membaca Alquran tersebut tidak sempurna di dalam mengambil
manfaat dari ALquran.Kerana itulah disuruh agar beristiazah ketika
hendak membaca AlQuran.
5) Seseorang yang membaca AlQuran
bererti juga sedang bermanfaat,iaitu memanjatkan doa dengan menyebut
kalam Allah.Allah Azza Wa Jalla mendengar dan sungguh memperhatikan
bacaan-bacaan AlQuran,apalgi jika ia dibacakan dengan secara yang merdu
dan Nagham (lagu dalam membaca AlQuran) yang sangat indah.Syaitan pula
sangat gemar menyanyikan dan mendengarkan nyanyian-nyanyian yang penuh
kelucahan dan mendatangkan syahwat (berahi).Dengan demikian seorang yang
akan membaca AlQuran disyariatkan agar berisitiazah bagi menjauhkan
syaitan dari dirinya,seterusnya mempersembahkan bacaanya (ALQuran) ke
hadapan Tuhannya.
6) Sesungguhnya ALLAH telah menceritakan
bahawa Allah SWT tiada mengutus seorang Rasul atau Nabi melainkan
syaitan akan bertindak menghalangi apa yang ada pada hati mereka (iaitu
untuk berdakwah mentauhidkan Allah). Para ahli salaf berpendapat juga
bahawa para Rasul dan Nabi ,jika mereka hendak membaca Kalamullah, maka
syaitan mesti akan menyibuk dan menghalang-halangi mereka. Jika terhadap
Nabi dan Rasul pun,syaitan bersikap demikian,apatah lagi sikapnya
terhadap manusia biasa.Tentunya lebih dasyat lagi.Ia sentiasa berusaha
untuk mengelirukan pembaca AlQuran dari bacaannya,mengelirukan dan
memilatkan lidahnya,menyekat pergerakan lisannya dan menggoda hatinya
agar lalai dari kandungan makna bacaannya.Dengan demikian beristiazah
kepada Allah dari kejahatannya adalah suatu hal yang penting,agar
seorang pembaca AlQuran tersebut berjaya mencapai matlamat dari
bacaannya dengan baik.
7) Syaitan sangat susah hati jika
seseorang manusia mempunyai azam atau keinginan baik di hatinya.Pada
saat itu,ia berusaha agar dapat membuang azam baik tersebut dan
menghalangnya dari terus meresap ke dalam hati manusia tersebut.Dalam
satu hadith sahih disebutkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:
“sesungguhnya kelmarin syaitan meloncat dihadapanku dan hendak berusaha
agar solatku terputus (terbatal).”Adalah menjadi kenyataan bahawa apapun
perbuatan yang paling banyak menghasilkan manfaat bagi seorang hamba
dan lebih mendekatkan kecintaan kepada Allah,maka sudah mesti syaitan
menghalangnya dengan lebih dasyat.
8) Sesungguhnya membaca
istiazah sebelum berlangsungnnya bacaan AlQuran adalah satu tanda atau
pemberitahuan bahawa apa yang akan datang sesudahnya (iaitu apa yang
diperdengarkannya) adalah kalamullah AlQuran.Bahkan istiazah lebih
merupakan satu mukaddimah dan peringatan kepada para pendengar bahawa
apa yang akan disampaikan kepadanya adalah AlQuran.Dengan demikian,jika
seseorang itu mendengar bacaan istiazah,hendaklah ia segera membuat
persediaan diri bagi mendengar dan memperhatikan kalamullah AlQuran.
Beristizahlah dengan bersungguh-sungguh,semoga kita sentiasa mendapat
perlindungan dari Syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkan kita dengan
pandangan-pandangan yang melalaikan. Barulah Ayat suci AlQuran dapat
meresap dalam diri..Tanyakan diri sejenak..berapa banyak surah ALQuran
yang dihafal berbanding lirik-lirik lagu yang lagha diluar sana?Tepuk
dada..tanya lah Iman..bicara lah pada fikiran..dan tegurlah hati..
Wassalam..
No comments:
Post a Comment