KAMAL AT-TARTUK : IBLIS TURKI YANG WAJIB DI KENALI OLEH UMMAT ISLAM!!
Mastafa
Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan
Ataturk bermakna bapa orang Turki. Ataturk ialah orang yang
bertanggungjawab meruntuhkan Khilafah Islam Uthmaniyah Turki pada tahun
1343H (1924M).
Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di
bandar Salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah
Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal
di jabatan kastam.
H.S. Armstrong, salah seorang pembantu Ataturk
dalam bukunya yang berjudul ‘al-Zi’bu al-Aghbar’ atau ‘al-Hayah al-
Khasah li Taghiyyah’ telah menulis:
‘Sesungguhnya Ataturk adalah
daripada keturunan Yahudi. Nenek moyangnya adalah Yahudi yang berpindah
dari Sepanyol ke bandar Salonika.”
Golongan Yahudi ini dinamakan
dengan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka
mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut
agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas
Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun
1377H (1957M):
“Ada kumpulan-kumpulan agama yang masih menganggap
diri mereka sebahagian daripada Nabi Israel. Antara mereka ada satu
kumpulan iaitu kumpulan Daunamah yang Islam hanya pada zahir tetapi
mengamalkan ajaran Yahudi secara senyap-senyap.”
Ketika Mustafa
kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika.
Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada
tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej
tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun
1325H. (1907M). Kemudiannya, beliau telah ditugaskan di Kem Tentera
Batalion ketiga di Salonika.
Di sini bermulanya usaha Ataturk
dalam memusuhi Khalifah Uthmaniyyah dan agama islam. Dengan kedudukannya
sebagai graduan kolej tentera, beliau telah mengingatkan rakan-rakan
pegawainya agar tidak tertipu dengan pemikiran dunia Islam.
Beliau
telah mengubah ucapan Assalamualakum kepada Marhaban Bikum (Selamat
Datang). Tindakan belaiu selanjutnya ialah menubuhkan Pertubuhan
Kebangsaan dan Kebebasan yang bertujuan untuk menghapuskan Kerajaan
Uthmaniyyah yang menurutnya mengamalkan pemerintahan kuku besi, tetapi
malangnya Pertubuhan Bersatu dan Maju yang ketika itu juga bergiat
cerdas menentang pemerintahan Islam telah menjadi batu penghalang kepada
pengerakan Ataturk ini.
Imej Mustafa Kamal menonjol selepas
meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima
pasukan ke -19 di Sinaq Qal’ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera
British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil
meskipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk.
Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan
kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M).
Pada hakikatnya,
kemenangan yang dicapai oleh Mustafa Kamal adalah kemenangan yang
disengajakan hasil rancangan tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk
dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah. Ini kerana peperangan di
antara tentera Uthmaniyyah dengan tentera bersekutu berlanjutan selama
beberapa hari tanpa mana-mana pihak mencapai sebarang kemenangan
sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak bertahan di kawasan
masing-masing untuk beberapa bulan. Akhirnya pihak Inggeris secara
mengejut tanpa disangka-sangka telah meninggalkan kawasan pantai
Ghalibuli.
Pada tahun 1337H (1918M), Ataturk telah mengetuai satu
pasukan tentera di Palestin. Beliau telah menghentikan peperangan
terhadap Inggeris, musuh Kerajaan Kerajaan Uthmaniyyah secara mengejut
dan membenarkan Inggeris mara ke sebelah utara tanpa mendapat sebarang
tentangan. Ketika itulah ia mengadu jatuh sakit dan telantar di di Kem
Nablus. Tindakannya itu telah menimbulkan pelbagai spekualasi dan tanda
tanya, lantas beliau membawa pasukan tenteranya ke utara sehingga ke
Damsyik. Di sana, beliau telah mengeluarkan perintah supaya menghentikan
tentangan terhadap Inggeris sekaligus membuka peluang kepada Inggeris
untuk mara ke wilayah-wilayah Uthmaniyyah.
Selepas kekalahan
Turki dan perisytiharan gencatan senjata, Inggeris meminta khalifah
membubarkan Dewan Rakyat yang berkuasa menentukan kekuasaan khalifah.
Selepas pembubaran itu, Inggeris mencetuskan pula huru hara dalam istana
Kerajaan Uthmaniyyah sepanjang tempoh dua tahun 1337 – 1338H
(1918-1919M) dan meminta khalifah menghentikan angkara yang sengaja
mereka rancangkan itu. Mereka kemudian mencadangkan Mustafa Kamal untuk
memikul tugas tersebut. Ini supaya Mustafa dapat menjadi orang yang
berupaya memenuhi aspirasi rakyat dan satu-satunya pegawai tinggi
tentera yang layak mendapat penghargaan daripada pihak tentera.
Kedudukkan
dan kehebatan Mustafa Kamal kian terserlah di mata orang ramai,
manakala reputasi institusi khalifah pula semakin menurun. Pada waktu
yang sama beliau telah merealisasikan perancangan Pihak Bersekutu untuk
menguasai wilayah-wilayah Kerajaan Uthmaniyyah.
Taktik yang
digunakan oleh Inggeris untuk menjayakan rancangan tersebut ialah dengan
membebaskan Greek daripada penguasaan Izmir dan ini terang-terang
bercanggah dengan teks perjanjian yang telah dimenteraikan oleh Pihak
Bersekutu. Semua ini berjalan dengan pantas sekali apabila tentera Greek
melepaskan tembakan kepada orang Islam Turki di jalan-jalanraya,
memaksa mereka menaggalkan tarbus yang kemudian dipijak-pijak dengan
kaki, menaggalkan purdah yang dipakai oleh wanita Muslim, membakar
perkampungan Islam di Izmir dan menyembelih orang Islam tanpa belas
kasihan.
Di tengah-tengah kegawatan tersebut, kapal Ainabuli
telah berlabuh di perairan Izmir di tengah-tengah armada laut Inggeris
dan Greek, lalu Ataturk menuju ke Izmir dan mengerah segala keupayaannya
dan memperlihatkan modus operandi yang menyakinkan dalam menentang
Greek.
Ataturk mengutus telegram kepada khalifah untuk
menjelaskan keadaan yang genting ini. Akan tetapi kerajaan mendesak
beliau pulang untuk mengelakkan belaiu daripada terus menimbulkan
huru-hara. Khalifah cuba memujuk Ataturk tetapi beliau tetap enggan
pulang malahan menghantarkan telegram kepada baginda, “Saya akan tinggal
di Anadul sehingga kemerdekaan dapat dicapai.”
Ataturk mula
melancarkan revolusi yang disokong sepenuhnya oleh Inggeris dan beliau
telah berjaya pada peringat permulaan. Ini berlaku apabila gerakan
beliau telah disertai oleh para pemimpin muda dan pemikir-pemikir yang
meletakkan syarat agar tidak membabitkan khalifah.
Pertempuran di
antara tentera Uthmaniyah dengan Greek telah berlanjutan selama satu
setengah tahun. Semasa pertempuran sedang berlaku, Pihak Bersekutu telah
mengumumkan bahawa mereka berkecuali. Sungguh menghairankan kerana
senjata-senjata yang dibelakkan kepada Mustafa Kamal adalah dari Rusia
hasil perancangan rapi pihak Inggeris di Busfor sekalipun Rusia memang
memusuhi Kerajaan Uthmaniyyah.
Pada 23 Mac 1921M (1340H), tentera
Greek mencetuskan kembali api peperangan. Pada bulan September tahun
yang sama, pertempuran di antara kedua-dua belah pihak terhenti apabila
Greek menarik keluar tenteranya dari Izmir. Dua hari selepas itu,
tentera-tentera Uthmaniyyah mula memasuki Izmir tanpa menggunakan
sebarang kekerasan.
Propaganda Barat telah membesar-besarkan
kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke
negara-negara Islam. Orang Islam telah tertipu dengan tindakan Mustafa
yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah
memuji beliau melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti
Khalid bin al-Walid.
“Maha Besar Allah betapa kemenangan yang penuh keajaiban, Khalid Turki hidupkanlah kembali, Khalid Arab.”
Malangnya
impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai
kerana 3 Mac 1343H (1924M), tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan
Khalifah. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara
Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan
Kementerian Undang-Undang Syari’ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah
agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.
Musuh-musuh
Islam melihat bahawa penghapusan Khilafah Islamiah bukanlah suatu
perkara mudah. Ia hanya akan tercapai dengan cara menonjolkan seorang
wira yang agung dan Mustafa merupakan orang yang digelar wira tersebut.
Pihak
Inggeris telah melaksanakan rancangan ini bersama-sama Mustafa Kamal
sendiri. Mereka juga telah membebaskan Greek dari Izmir dengan mendakwa
Mustafa adalah pahlawan sebenar yang menjayakan kemenangan tersebut.
Seluruh rakyat mula mempercayai perkara ini dan bagi Inggeris inilah
masa yang paling sesuai untuk memasukkan jarumnya bagi menghancurkan
Islam.
Sungguh menghairankan, cara ini masih tetap digunakan oleh
musuh-musuh Islam untuk menlancarkan serangan terhadap islam sehingga
hari ini.
Inggeris mengiktiraf kemerdekaan Turki dan mengundurkan
tenteranya apabila Ataturk membubarkan pemerintahaan khalifah. Pernah
seorang ahli Parlimen Inggeris menyoal Lord Carrizon (Menteri Luar
British ketika itu) dalam Dewan Parlimen Britain tentang pengiktirafan
kemerdekaan Turki. Lord Carrizon membalas, “Apa yang berlaku ialah Turki
telah dikuasai tanpa sebarang tentangan kerana kita telah menguasai
kekuatan spiritualnya iaitu Sistem khilafah Islam”.
Syeikhul
Islam, Mustafa Sabri selepas melarikan diri ke Mesir pernah berkata,
“Memang mudah sekali Inggeris menjadikan Mustafa Kamal sebagai wira pada
saat mereka menekan Khalifah dan menggulingkan baginda. Dalam episod
ini terserlahlah kebolehan Ataturk pada pandangan orang islam. Ataturk
adalah seorang lelaki yang tidak ada tolok bandingnya bagi Inggeris.
Beliau telah meruntuhkan kesucian Islam (lebih-lebih lagi peradabannya)
dalam masa satu hari sahaja sedangkan pihak Inggeris sendiri tidak mampu
untuk melakukannya walaupun setahun. Apabila Inggeris berasa yakin
dengan keupayaan dan kekuasaan Ataturk, mereka melantiknya menjadi ketua
kerajaan boneka tersebut dan sesudah itu mereka pun ke luar dari negara
kami.”
Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah
merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Ataturk
demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki
dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.
Ataturk melarang
pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen
Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya
menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha
serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji.
Dalam urusan
munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita
Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat,
melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa
Turki.
Tindakan yang dilakukan oleh Ataturk ini nyata sekali
telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan
menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki
iaitu agama Islam sebagi agama rasmi negara Turki. Ataturk berusaha dan
berkerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar
akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi
para ulama. Ataturk juga telah mengasaskan Parti Rakyat Republikan pada
tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidennya sehinggalah beliau
meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).
Ataturk hidup tanpa
isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu
tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn
kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran
daripada arak sehinggalah wanita.
Kamal Ataturk berpendirian
bahawa segala masalah yang dihadapi oleh bangsa Turki adalah
disumbangkan oleh Islam. Islam dipersalahkan sebagai punca kepada
kemunduran dan kehinaan yang dialami oleh bangsa Turki, walaupun sejarah
dengan jelas telah membuktikan bahawa Islamlah menunjangi keagungan
pemerintahan Islam Daulah Uthmaniah yang pernah mewujudkan kekuasaan
merentangi tiga benua.
Menurut Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad
Redzuan Othman, setelah Kemal Ataturk berkuasa pada 29 Oktober 1932,
beliau mengistiharkan kelahiran republik Turki moden dengan :
1. Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan.
2. Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.
3. Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah .
4. Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan.
5. Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai.
6. Menggantikan huruf arab dengan latin.
7. Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
8. Memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan ‘Agama Bagi Negara Turki Adalah Islam.’
9. Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil.
10. Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan wanita.
11.
3 Mac 1924 sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia
menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan
tariqat dan amalan sufi.
12. Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.
13. 6 Febuari 1933 arahan telah dikeluarkan agar azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab.
14. Masjid Aya Sofea diubah statusnya menjadi muzium.
15. Melatih tentera cara latihan ala Barat.
16.
Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan
berhampiran dengan istananya kerana bising dan menganggunya
beristirehat.
17. Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
18.
Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha
mengembalikan Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar
sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai
jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat fahaman ini adalah
pihak tentera dan juga sekularis-sekularis tulin.
19. Mendirikan patungnya di setiap tempat.
20. Menghapuskan Kementerian Wakaf.
21. 26 November 1925 menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat.
22.
Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari
Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh
Barat.
Pada 23 Mac 1924, Khilafah Uthmaniah pun dihapuskan dengan
rasminya oleh Mustafa Kamal Ataturk dari bumi Turki. Satu saat yang
paling memilukan hati-hati ummah semesta alam yang cintakan Islam.
Setiap
yang bermula akan berakhir, yang kuat akan lemah, yang pasang akan
surut, dan kekafiran, kemunafikan, kefasikan dan kezaliman akan terpadam
juga akhirnya. Era kezaliman pemimpin brutal ini menemui pintu
penghujung hayatnya, yang muda akan tua dan seterusnya akan menemui
ajalnya.
Selama 15 tahun (1923-1938) Ataturk bermaharajalela,
melakukan kefasadan yang amat luar biasa terhadap Khilafah Uthmaniah
Turki dan Ummahnya. Namun dalam tempoh itu sudah amat cukup untuk dia
meperlakukan Islam, menodai ummah dan mencalar-balarkan wajah ummah
dengan wajah Barat dan sekular dengan semahu-mahunya.
Namun
ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Perkasa dan Maha Adil.
Dialah yang menetapkan segala keputusan ke atas segala makhluknya. Di
saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah :
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4.
Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga
terpaksadiarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24
jam.Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan
ais di dalam selimutuntuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah,
rasa panas tidak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan
yang ditanggung,beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar
jeritan itu.
Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka
yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan
diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tidak juga hilang!
Pada
26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu
panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9
November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang
memandi,mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya
diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang
meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.
Bila mayatnya
hendak ditanam, tanah tidak menerimanya. Disebabkan putus asa, mayatnya
diawetkan sekali lagi dan dimasukkan kedalam muzium yang diberi nama
Etna Grafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun
mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi
tak menerimanya.Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit
ditanam dalam satubinaan marmar beratnya 44 tan.
Mayatnya ditanam
di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman
dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki,
seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk”.